Sunday, April 25, 2010

The Girl with the Dragon Tattoo (Vintage)

tip buat blog

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.
Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.
Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.
Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.
Bagaimana Cara Melakukannya?
Langkah asasnya adalah seperti berikut:
1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.
2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.
Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.
Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.
3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.
4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).
5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.
6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah:
  • Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
  • Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
  • Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
  • Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
  • Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
  • Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
  • dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini..
Case Study:
1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun. Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.
2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.
Kesimpulan:
Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.
Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.
Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.

Wednesday, April 21, 2010

mari belajar komputer...

Komputer merupakan salah satu cara perhubugan masa kini..
mari kita pelajari komputer... dengan komputer pun boleh tambah income


Pelajaran Pertama 01

Komputer juga dikenali sebagai PC (Personal Computer dan Desktop) ataupun Laptop (Komputer Riba). Desktop adalah komputer yang digunakan di pejabat dan juga di rumah. Desktop selalunya berbentuk segi empat tepat dan datang dalam pelbagai saiz dan harga bersesuaian dengan spesifikasi ( ciri )mereka. Desktop yang moden selalunya dilengkapkan dengan LCD (skrin LCD) dan Keyboard (papan kekunci) dan juga Mouse (Tetikus) desktop

Jika dilihat dengan teliti Desktop mempunyai pelbagai lubang dan beberapa adapter (penyambung) di badan mereka. Lubang segiempat tepat dan adapter pelbagai saiz itu mempunyai fungsi mereka yang tersendiri. jangan risau kita tak perlu tahu itu lagi dalam pelajaran pertama ini.

Di bahagian hadapan desktop-desktop moden, ada disediakan satu butang samada segiempat tepat ataupun bulat. Selalunya terletak di bahagian bawah hadapan Desktop. Butang atau punat itu selalunya mempunyai lambang seperti ini :
on on
Ini adalah butang penekan seperti di televisyen anda. Sebelum anda menekan butang itu, pastikan segala kabel yang berkenaan di belakang Desktop PC itu di cucuk. Ini termasuk kabel untuk skrin dan plug untuk PC. PASTIKAN anda menggunakan sesiapa yang mahir tentang komputer seperti anak anda untuk menolong anda dengan kabel-kabel itu. Dalam pelajaran pertama ini, anda dinasihatkan supaya tidak menyentuh mana-mana bahagian di belakang Desktop PC itu. Pastikan juga anda mempunyai Mouse atau tetikus yang bersambung dengan Desktop PC itu. Disini kami menggunakan Window XP untuk tutorial ini. Jika anda menggunakan Window Vista, pastikan anda mendapat khidmat sesiapa yang tahu untuk menolong anda, tetapi kedua jenis Operating System (Sistem Operasi) ini agak sama cuma hanya berlainan sedikit dari segi struktur, imej dan Path ( susunan fail ).

Langkah-langkah

1.Tekan butang penekan (ON) itu. onJika anda dengar secara teliti, ada bunyi yang datangnya dari dalam Desktop PC itu. Ini menandakan yang anda berjaya membuka Desktop PC.

2.Skrin di LCD menjadi gelap sekejap dan di ikuti oleh huruf-huruf dan nombor yang tidak anda fahami. Sila
tunggu...

pc_boot pc_boot

3. Anda di sambut oleh "Welcome" di skrin LCD. Kemudian, bagi sesetengah Desktop, anda akan disambut dengan Welcome skrin yang kedua dimana anda perlu menaip User Name (nama pengguna) dan juga Password (Kata Laluan). Dapatkan kedua nama dan kata laluan dari tuanpunya komputer tersebut. Di Cyber Cafe dan juga bagi sesetengah Desktop PC , Welcome Skrin kedua ini tidak ada.
welcome

4. Setelah anda mengisi User Name dan Password, anda akan di paparkan dengan paparan Desktop. Ini dipanggil desktop dan di sinilah bermulanya pengembaraan anda yang sebenar. SYABAS !. Anda akan nampak Icon (imej) di skrin LCD anda. Bayangkanlah ia sebagai meja ataupun office peribadi anda. Sebab itu ia dipanggil desktop. Pastikan Mouse (Tetikus) anda berfungsi dengan menggerakkannya ke kiri,ke kanan, atas dan bawah untuk memastikan anak panah di skrin anda bergerak mengikut gerakan Mouse itu. Sekiranya anda melegarkan anak panah itu di atas imej atau Icon yang ada di skrin itu, imej-imej itu akan bertukar warna dan tulisan yang kecil akan timbul sekejap.
xpdesktop

5. Ok, bergantung kepada aplikasi-aplikasi di dalam sebuah Desktop PC, sistem di dalamnya akan mengambil masa beberapa minit sebelum memulakan operasi. Sama seperti bila kita masuk pejabat. Kita akan buka tirai, switch Aircond atau lampu dan mengemas meja tempat kita bekerja. Jadi anda tunggu sekejap untuk memastikan proses ini disempurnakan. Di sebelah kanan desktop di bahagian bawah, ada perkataan Start dan disebelah bawah kiri skrin ada beberapa icon (imej) kecil tertera di situ. Antaranya adalah waktu/haribulan, imej ceropong bunyi dan lain-lain. Cuba anda larikan Mouse (tetikus) anda di situ. Di sini anda diberitahu melalui tulisan kecil apakah fungsi-fungsi imej-imej tersebut.
start xp_desktop

6. Baiklah, Selepas anda meniliti apa yang ada di meja (Desktop PC) anda itu, sekarang anda tak tahu apa yang anda perlu buat. Ok...Kita akan buat latihan :

LATIHAN

INTERNET

Sekiranya Desktop PC dirumah anda mempunyai Internet anda boleh mengikuti latihan ini. Sekiranya tiada anda boleh terus melangkah ke latihan Fail.

7. Selalunya Desktop PC di rumah mempunyai sambungan internet automatik. Maksudnya anda tidak perlu lagi menyambung secara manual. Ini semua dilakukan ketika proses persediaan sistem operasi. Anda tentu masih ingat yang anda mesti menunggu beberapa minit untuk sistem menguruskan fail-fail mereka semasa sessi bermula. Jika ia menggunakan cara manual, minta pertolongan dari empunya komputer itu untuk menyambungkan internet.

8. Di skrin LCD, ada satu imej begini IE atau firefox atau kedua-duanya sekali. Ini adalah imej Web Browser ( Penjana Web ). Web Browser berfungsi bagi pengguna mendapatkan infomasi dan berinteraksi dengan text, imej, video, music, permainan dan lain-lain yang ada di World Wide Web (Jaringan Web Sedunia). Imej dan text di setiap laman mempunyai Hyperlink (Jaringan)yang menghubungkan laman-laman web yang ada di seluruh dunia. Yang mempunyai huruf "e" itu adalah Internet Explorer dan yang mempunyai naga berapi itu adalah Mozilla Firefox.

9. Dengan menggunakan Mouse (tetikus), Jalankan mouse anda itu ke imej atau Icon ini : IE atau firefox , kemudian klik dua kali dibahagian kiri badan mouse itu. ,Untuk pengetahuan anda, bahagian kiri mouse adalah mengikut dimana letaknya tangan kiri kita. Ia dipanggil Left Click (Klik Kiri) dan disebelah kanan semestinya Right Click (Klik Kanan). Selalunya imej atau Icon di skrin LCD, anda mesti menggunakan dua klik. Tetapi di tempat-tempat lain terutama di fail-fail didalam sistem dan juga Hyperlink anda hanya perlu klik sekali sahaja.

10. Satu Window (tingkap) akan terbuka di skrin anda. Selalunya Search Engine (enjin pencari) akan terpampang di sini. Search Engine adalah pencari kepada semua laman-laman web yang ada didunia. Bergantung kepada pengguna, enjin-enjin pencari ini menjadi Homepage atau Laman Utama yang akan terpampang apabila anda membuka Web Browser,Internet Explorer atau Firefox. Antara Search Engine yang popular adalah Google, Yahoo, MSN dan Alta Vista. Di sini kita akan menggunakan Google.
google yahoo

11. Sekiranya Desktop PC yang anda gunakan itu tidak mempunyai Google, Sila taip menggunakan Keyboard (Papan Kekunci) di dalam kurungan segiempat tepat di bawah perkataan Yahoo ataupun Alta Vista, google..samada menggunakan huruf kecil ataupun besar. Apabila srin itu bertukar, sila klik perkataan google yang pertama yang terletak di atas. Google akan terpampang di skrin.
1

12. Ok, sekarang kita mahu mencari laman web Utusan Malaysia. Sila taip didalam segi empat tepat di bawah tulisan Google yang besar itu. Kemudian tekan kekunci Enter di Keyboard anda.
utusan

13. Selepas itu skrin akan memaparkan tulisan berbentuk List (turutan) tanpa imej-imej. Ini dipanggil Index Page (Laman Index) . Disini Search Engine Google menyimpan beribu-ribu juta fail index di Server mereka. Setiap perkataan yang bergaris itu adalah Hyperlink. Acukan Mouse anda ke Scroll Bar disebelah hujung kiri Window (Tingkap) skrin anda yang berbentuk segiempat tepat , dan tekan butang Left Click tanpa mengangkat jari anda dan tolakkannya ke bawah, anda akan dibawa menuruti muka laman itu hingga ke bahagian bawah Window (Tingkap) di skrin anda itu. Tolakkannya keatas kembali dan lepaskan jari anda dari butang Left Click itu. Kemudian acukan Mouse anda di tulisan Utusan Malaysia Online yang bergaris dan klik menggunakan butang Left Click.
scroll scroll

14. Wow ! Nampaknya anda telah berjaya mencari dan membuka laman web anda yang pertama. Di sini anda boleh menggunakan Scroll Bar tadi untuk melayari laman web itu. Anda juga boleh menggunakan roda kecil di antara butang Left Click dan Right Click di Mouse anda untuk melayari laman itu. Hanya tolakkan roda itu ke atas dan ke bawah. Sekiranya anda mengacukan dan melegarkan anak panah di skrin menggunakan Mouse anda keatas text-text di laman itu, anda akan dipaparkan samada dengan tulisan bergaris atau anak panah anda akan bertukar menjadi tangan atau gelas masa, ini bermakna text-text tersebut adalah Hyperlink. Jika anda klik Hyperlink itu, anda akan di bawa ke laman-laman yang lain.
utusan_online

15. Sekiranya anda mahu mencari laman-laman web yang lain, anda hanya perlu klik imej Home yang terletak di bahagian atas skrin Window anda ataupun anda boleh menggunakan jalan singkat dengan menaip di segiempat tepat yang ada di Toolbar anda.(sekiranya Desktop yang anda gunakan itu mempunyai Toolbar, Jika tiada, klik Home dan ulangi langkah 5. Selamat Belayar..
homesearch

FAIL

16. Untuk mereka yang tidak mempunyai Internet, dengan skrin di langkah 4 anda akan nampak imej start di bahagian bawah sebelah kanan skrin.xp strart_button Di sini anda akan melegarkan anak panah di skrin dengan menggerakkannya dan klik di butang Left Click menggunakan Mouse. Tingkap kecil akan muncul di atas imej start itu dan anda akan nampak beberapa Icon (imej kecil) dan text-text. Untuk pengetahuan anda, bahagian kiri mouse adalah mengikut dimana letaknya tangan kiri kita. Ia dipanggil Left Click (Klik Kiri) dan disebelah kanan semestinya Right Click (Klik Kanan). "Selalunya imej atau Icon di skrin LCD, anda mesti menggunakan dua klik. Tetapi di tempat-tempat lain terutama di fail-fail didalam sistem dan juga Hyperlink anda hanya perlu klik sekali sahaja".
start

17. Disini anda dipaparkan oleh beberapa imej seperti Internet Explorer, E mail, Window Update, Games bergantung kepada program-program yang ada di Desktop PC itu. Selalunya di sebelah kanan dengan latarbelakang putih itu adalah senarai program dan manakal di sebelahnya adalah Folder ataupun Penyimpan Fail dan senarai-seranai penting untuk operasi sistem Desktop.

18. Ok..Sila klik All Program yang berada di bahagian bawah itu. Kemudian legarkan anak panah di atas Accessories. Satu lagi paparan window (tingkap) akan keluar.Tanpa keluar dari bahagian warna biru, perlahan-lahan gerakkan anak panah ke kanan dan menuruni tingkap itu hingga anda berjumpa dengan Notepad. Klik Notepad.

19. Notepad adalah satu applikasi text yang ada di dalam setiap Windows Operating System (Sistem Operasi Window). Ia mudah di fahami. Dengan Keyboard, taip apa saja yang anda mahu disini seperti cerpen dan biodata anda.
notepad

20. Bila anda selesai, klik File di bahagian atas window (tingkap) Notepad itu dan klik Save As. Di sini seperti di dalam pejabat, anda perlu menyimpan kerja anda itu di laci atau Penyimpain Fail, supaya anda boleh membuka semula fail tersebut di lokasi yang anda tetapkan. Anda akan dipaparkan dengan satu lagi Window (tingkap) iaitu Save As window. taip di dalam kurungan File Name, nama anda dan klik Desktop. Kemudian klik Save.
Sekiranya ada warna biru di dalam kurungan File name, anda tak perlu buat apa, cuma taip sahaja. Sekiranya anda silap taip, anda boleh padam dengan menekan Left Click tanpa mengangkat jari anda dan menyusurinya kekanan. Dan taip nama anda sekali lagi.
save_as

21. Syabas ! Anda telah berjaya membina satu fail peribadi anda. Fail anda itu ada disimpan di atas skrin Desktop. Klik tanda pangkah di setiap Window (tingkap). Di Skrin Desktop cari nama anda dan klik dua kali untuk membuka dokumen itu tadi. Ini adalah satu tempat di mana anda boleh menyimpan fail-fail anda. Tetapi jika anda mempunyai banyak fail, anda mesti menyimpannya di Folder (penyimpan fail) My Document atau Folder yang akan anda bina sendiri.

22. Sekarang anda akan belajar menutup sessi anda itu. Pastikan tiada window di skrin Desktop, kemudian klik imej Start di bawah tadi. Di bahagian bawah sekali di window yang terbuka, klik Turn Off Computer. Skrin menjadi kelabu dan satu window kecil akan terpapar. Klik Turn Off yang berwarna merah itu. Operating System akan mengemas dan menutup segala program. Seperti di pejabat, anda mesti mengemas dan menutup kipas atau aircond dan pintu sebelum anda keluar. Kadang-kadang ia mengambil masa yang lama bergantung kepada program yang ada di dalamnya. Kemudian skrin akan terus menjadi gelap dan tidak ada bunyi yang keluar dari Desktop PC. Itu bermakna Ia sudah selamat di tutup.
turnoff turnoff

23. Ucapkan tahniah kepada diri anda kerana ini adalah langkah pertama dan yang paling penting yang anda berjaya terokai dan selesaikan. dan perjalanan yang seterusnya akan lebih menyeronokkan dan penuh dengan ilmu dan skill berguna yang

cara membuat blog...

langkah2 membuat blog

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.

Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.

Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.

Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.

Bagaimana Cara Melakukannya?

Langkah asasnya adalah seperti berikut:

1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.

2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.

Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.

Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.

3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.

4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).

5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.

6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah:

  • Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
  • Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
  • Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
  • Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
  • Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
  • Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
  • dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini..

Case Study:

1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun. Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.

2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.

Kesimpulan:

Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.

Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.

Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.

Monday, April 19, 2010

cara yang pertama.....


Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

Bagaimanakah kita dapat menulis sesebuah artikel atau post di blog dengan cara yang mudah? Berikut adalah tujuh cara mudah untuk menulis artikel di blog:

1. Gunakan emel jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada kita melalui emel.

2. Memberi pendapat terhadap tulisan di blog lain. Ini juga amat bagus untuk membuat ‘connection’ dengan blog dan juga blogger tersebut.

3. Lawati forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Lihat apakah soalan-soalan yang ditanya di sana dan tulis satu artikel di blog yang berkaitan dengan persoalan tersebut (jawapan, saranan, pendapat..).

4. Lawat laman web artikel seperti ezinearticles.com dan masuk ke bahagian kategori yang sama dengan topik blog anda. Di sana banyak artikel yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan idea penulisan.

5. Tulis artikel dalam bentuk senarai. Contohnya seperti 10 Perisian Yang Wajib Diguna Untuk Perniagaan Internet, Lima Langkah Memulakan Perniagaan Internet dan Tujuh Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes. Apabila menulis dalam bentuk senarai, ia tidak perlu tulisan yang panjang. Jadi ini memudahkan penulisan kita. Sama seperti artikel yang sedang anda baca ini. :D

6. Senaraikan semula beberapa artikel terbaik yang pernah anda tulis di blog. Contoh yang saya lakukan seperti di sini: 13 Artikel Terbaik SmartUsaha.com.

7. Jika anda ada memberikan tip, pendapat, saranan atau berbentuk nota ringkas sama ada di forum atau di Facebook, kumpulkan beberapa daripadanya ke dalam satu post di blog.

Tip Bonus: Ambil sedikit kandungan daripada mana-mana bab buku/ebook berbayar dan letakkan di post blog. Di akhir artikel nyatakan untuk pembacaan sepenuhnya, sila beli buku atau ebook anda. :lol:

Kesimpulan

Apa pun, semuanya bergantung kepada kemahiran penulisan seseorang. Banyak mana idea pun, tapi kalau tidak biasa menulis susah juga. Tip di sini, tulis sahaja. Soal ayat yang tunggang langgang, itu biarkan dahulu. Lama-kelamaan rentak penulisan akan diperolehi, malah kita akan dapat menulis tanpa sebarang masalah.

Keduanya, belajarlah cara penulisan. Penulisan pun ada teknik-tekniknya. Jangan tiru gaya penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana setiap orang ada keunikan tersendiri.

cari pulus...

mmg susah cari duit...
nak wat duit pun susah.. tapi semua itu senang kalau ada usaha dan cara...
jom belajar cara wat duit.....