Monday, April 19, 2010

cara yang pertama.....


Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

Bagaimanakah kita dapat menulis sesebuah artikel atau post di blog dengan cara yang mudah? Berikut adalah tujuh cara mudah untuk menulis artikel di blog:

1. Gunakan emel jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada kita melalui emel.

2. Memberi pendapat terhadap tulisan di blog lain. Ini juga amat bagus untuk membuat ‘connection’ dengan blog dan juga blogger tersebut.

3. Lawati forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Lihat apakah soalan-soalan yang ditanya di sana dan tulis satu artikel di blog yang berkaitan dengan persoalan tersebut (jawapan, saranan, pendapat..).

4. Lawat laman web artikel seperti ezinearticles.com dan masuk ke bahagian kategori yang sama dengan topik blog anda. Di sana banyak artikel yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan idea penulisan.

5. Tulis artikel dalam bentuk senarai. Contohnya seperti 10 Perisian Yang Wajib Diguna Untuk Perniagaan Internet, Lima Langkah Memulakan Perniagaan Internet dan Tujuh Sebab Mengapa Gagal Dalam Bisnes. Apabila menulis dalam bentuk senarai, ia tidak perlu tulisan yang panjang. Jadi ini memudahkan penulisan kita. Sama seperti artikel yang sedang anda baca ini. :D

6. Senaraikan semula beberapa artikel terbaik yang pernah anda tulis di blog. Contoh yang saya lakukan seperti di sini: 13 Artikel Terbaik SmartUsaha.com.

7. Jika anda ada memberikan tip, pendapat, saranan atau berbentuk nota ringkas sama ada di forum atau di Facebook, kumpulkan beberapa daripadanya ke dalam satu post di blog.

Tip Bonus: Ambil sedikit kandungan daripada mana-mana bab buku/ebook berbayar dan letakkan di post blog. Di akhir artikel nyatakan untuk pembacaan sepenuhnya, sila beli buku atau ebook anda. :lol:

Kesimpulan

Apa pun, semuanya bergantung kepada kemahiran penulisan seseorang. Banyak mana idea pun, tapi kalau tidak biasa menulis susah juga. Tip di sini, tulis sahaja. Soal ayat yang tunggang langgang, itu biarkan dahulu. Lama-kelamaan rentak penulisan akan diperolehi, malah kita akan dapat menulis tanpa sebarang masalah.

Keduanya, belajarlah cara penulisan. Penulisan pun ada teknik-tekniknya. Jangan tiru gaya penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana setiap orang ada keunikan tersendiri.

No comments:

Post a Comment